83,000 peserta Felcra terima dividen RM 588.15 juta
Salam bahagia pembaca sekelian. Meskipun kerajaan sedar kenaikan harga minyak sediikit sebanyak membebankan rakyat namun kerajaan tetap prihatin dan berusaha bagi meringankan beban rakyat.
Tiga hari lepas kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengumumkan seramai 83,000 peserta Felcra Berhad di seluruh negara akan menerima durian runtuh apabila agensi ini pengagihan dividen berjumlah RM588.15 juta. Satu rekod jumlah dividen tertinggi setakat ini.
Bagi saya pemberian dividen itu meningkat 84.91 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM318 juta.
Ini ialah dividen yang tertinggi sebab banyak produktiviti dan banyak tanah yang matang. Dividen ini akan mula diagihkan pada minggu ketiga bulan depan dan dimasukkan terus dalam akaun bank peserta.
Felcra yang merupakan salah satu agensi di bawah kementerian yang saya terajui akan memperkenalkan sistem pengagihan dividen kepada pesertanya daripada dua kali menjadi empat kali setahun mulai tahun ini.
Felcra telah diberi tanggungjawab besar untuk menghapuskan kemiskinan tegar di luar bandar, khususnya kepada penduduk yang tinggal dalam kawasan pembangunan rancangan tanah agensi itu. Ini termasuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Kita nak pastikan menjelang 2010 kemiskinan tegar di luar bandar dapat dihapuskan, pada masa sama purata pendapatan penduduknya meningkatkan antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.






June 21st, 2008 at 1:45 pm
Assalamualaikum Tan Sri,
Syabas kepada Felcra . Sesungguhnya inilah suatu daripada pengagihan Kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat biasa, disamping berbilion ringgit diagih melalui Amanah Saham Bumiputera tiap tiap tahun. Nampak nya Melayu tak memerlukan ini lagi? atau Melayu mudah lupa. Melayu Baru mudah termakan hasutan, terutama Melayu di lembah Kelang. Mungkin mereka lebih pintar daripada kami diluar Lembah Kelang.
Mengapa saya kata demikian kerana merekalah diantara pengundi Melayu yang banyak undi PKR, sebuah parti yang nak campakkan hak hak Melayu ke dalam Sungai Kelang!!!Sila lihat analisis undi PKR di Blog DAH Ikhwan alamat dahalmi.wordpress.com.
June 23rd, 2008 at 4:20 pm
YB Tan Sri,
Tahniah dan syabas di atas keprihatinan yang ditunjukkan. Saya yakin rakyat telah mula melihat sedikit demi sedikit kesan daripada pernyataan sokongan mereka kepada Kerajaan BN, yang masih mampu terus memerintah biarpun berhadapan dengan situasi ‘kurang sempurna’ pada PRU12 lalu. ‘Selamat maju jaya YB Tan Sri’.
June 24th, 2008 at 7:06 pm
Assalamualaikum,
Saya betu-betul terharu dan ucapan syabas kepada Tan Sri juga kementerian Tan Sri di atas usaha yang berterusan ini.
http://umnobahagianpandan.blogspot.com/
July 24th, 2008 at 10:55 pm
YB. sekarang ni sudah minggu ketiga , masih juga tak dgr khabar berita selanjutnya mengenai dividen yg spttnya diberikan minggu ni. Bila tanya felcra daerah masing2 semua cakap tak tahu tak ada sampai surat.
August 25th, 2008 at 11:43 am
assalamualaikum,
YB Tan Sri,
Sekarang Sudah masuk bulan Ogos,Bulan Julai sudah jauh berlalu,masih belum dengar berita mengenai dividen untuk peserta felcra,bila sepatutnya tarikh untuk diagihkan kepada peserta.Saya juga bersetuju dengan Sabrina Says.felcra Daerah masih membisu.
September 19th, 2008 at 10:13 am
assalamualiakum ,
YB Tan Sri,
Seminggu lagi kita akan menyambut hari raya. seperti tahun yang lalu felcra memberi dividen dut raya..adakah tahun ini felcra tidak memberinya? Kalau ada dipercepatkanlah supayakami orang yang kekurangan dapat membuat persiapan hari raya untuk keluarga.. kami amat memerlukannya. terima kasih..