Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

4 billion tingkat taraf hidup golongan miskin

Salam bahagia pembaca sekalian. Saya rasa sepanjang minggu ini ada tiga perkara penting yang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lakukan untuk kepentingan rakyat.

Selain daripada pemberian dividen kepada peneroka Felcra dan pelupusan hutang pekebun kecil Risda, peruntukkan tambahan sejumlah RM4 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan miskin di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga dianggap berita baik untuk penduduk luar bandar.

Melalui kajian semula separuh penggal RMK-9, kementerian mensasarkan kira-kira 10,000 keluarga miskin. Jumlah tersebut akan digunakan untuk memperbaiki pembangunan prasarana asas kira-kira 10,000 keluarga miskin di kawasan luar bandar.

Seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, Sabah dan Sarawak juga turut diperuntukkan sejumlah RM1 bilion khususnya untuk tujuan ini.

Sebagaimana kita semua maklum kehidupan rakyat Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman hanya bergantung kepada sungai dan hasil hutan. Mereka juga hanya menggunakan pelita minyak tanah pada waktu malam. Keadaan ini memerlukan perubahan dan kita sedang berusaha merubah kehidupan mereka kea rah yang lebih baik.
Pembinaan infrastruktur seperti jalan tar, jambatan, sekolah, klinik, air, elektrik dan pelbagai kemudahan lain akan disalurkan kepada mereka selepas kerajaan mengenal pasti apa yang perlu dilakukan untuk mereka.

Semua perancangan pembangunan infrastruktur itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016, bukan saja di Sabah dan Sarawak tetapi juga melibatkan masyakarat di semenanjung tanah air terutamanya masyarakat Orang Asli.

Dana-dana tambahan (RM4 bilion) akan membantu ‘kick-start’ projek-projek ini. Jumlah peruntukkan itu sebagai tambahan kepada RM11.03 bilion yang diperuntukkan kerajaan kepada kementerian untuk RMK9.

Adalah dianggarkan kira-kira RM5 bilion telah digunakan untuk projek-projek pembangunan luar bandar setakat ini.

Namun kita sedar bahawa keseluruhan peruntukkan berjumlah RM15 bilion tersebut masih tidak cukup mencapai sasaran kementerian dalam rancangan pembangunan desa.

Jumlah peruntukkan untuk rancangan pembangunan desa adalah melebihi jumlah peruntukkan sekarang. Tetapi kita akan menggunakan peruntukkan yang ada kepada perkara-perkara yang penting sahaja.

Tetapi peruntukkan bagi program pembangunan di semenanjung tidak termasuk di Sabah dan Sarawak.

Bagi saya, perancangan untuk membasmi kemiskinan melalui RMK-9 menjadi lebih mencabar dengan peningkatan harga minyak global dan inflasi.

Bagaimanapun, kerajaan yakin dan percaya bahawa sasaran untuk membasmi kemikisnan di negara ini akan tercapai melalui pelbagai projek yang dirancang oleh kerajaan

Antara projek yang dikenal pasti dapat membantu menambah pendapatan penduduk miskin luar bandar ialah projek pertanian. Ia melibatkan getah, penanaman kelapa dan kita menggalakkan golongan sasaran ini melibatkan diri dalam bidang ini bagi menambah pendapatan tetap  mereka.


15 Responses to “4 billion tingkat taraf hidup golongan miskin”

  1. Wan Shamsudin Says:

    Semoga wang tersebut disalurkan dengan baik demi niat menaikan taraf pendudok miskin. Besar kemungkinan yang kaya akan mengambil kesempatan. Sang BUAYA hanya menunggu sahaja habuan ini. Rakyat akan bertambah miskin dan yang kaya, terutamanya pemimpin, akan bertambah kaya…Kami akan berdoa bahawa Pemimpin Pemimpin yang tidak jujur akan dapat KARMA Allah. InsyaAllah.

  2. Jo Puchong Says:

    Tolong beri maklumat terperinci projeck-projek yang berkaitan kemiskinan yg telah berjaya dicapai setelah berbillion diperuntukan. Terima kasih Tan sri.

  3. Ritz Ariff Says:

    Salam Md Taib,

    Saya rasa hairan kerana setiap tahun atau ada RMK, kerajaan akan mengistiharkan berbillion ringgit untuk membantu rakyat miskin. Tercapai kah matlamat? kerana saya lihat yang miskin masih lagi tetap miskin TETAPI yang kaya bertambah kaya. Kerajaan jgn lah hanya mengamalkan perinsip NATO - No Action Talk Only….. Sapa yang akan menyapu peruntukan tersebut kalau tidak orang yang di tengah tu i.e pemimpin politik, penghulu, ketua kampung dsb… fikir-fikirkan lah Dato Md Taib atau wakil yang menyaring pendapat ini.

  4. AZMI BIN HASSAN0125975286) Says:

    YB Tan Sri,

    Kini Kementerian YB Tan Sri mendapat peruntukan 4 billion untuk bantu orang miskin,persoalan saya bila pembekalan air bersih kerumah kami dari paip utama kerumah saya,dah 50 tahun merdeka rumah kami masih tiada kemudahan ini contoh Ahmad bin Arshad,Hassan bin Darus dan Azmi bin Hassan,tinggal diptg kuang besar,DUN Bertam,Parlimen Kepala Batas tempat PM,takkan kami masih guna air perigi,macam Hassan dapat rumah PPRT dari Perda api ada,air tiada,buang air besar,basuh bagaimana?mesti guna tisu. untuk keterangan lanjut hubungi saya 0125975286(azmi bin Hassan)

  5. AT LIM Says:

    Tan Sri,

    Saya ingin memaklumkan bahawa masyarakat orang asli Kg. Ulu Tok Machang, Raub, Pahang dan juga penggiat kebun pisang, buah2an di kawasan tersebut memerlukan satu jalan estet/ladang yang “reasonable comfort for passing through”. Jalan yang diperlukan tidaklah jalan bertar, memadai jalan batu gravel yang rata dan mampat. Pada masa ini masyarakat orang asli dan juga penggiat kebun berkongsi jalan gravel dengan lori-lori batu yang mengangkut batu dari dua kuari (Kuari Datuk Wan Ahmad dan Kuari Poh Chan). Disebabkan lori yang berat, jalan telah menjadi rosak berlopak berlubang. Di musim kering, debu-debu berterbangan. Untuk mengelak lori-lori tersebut, ada satu lagi jalan alternatif iaitu jalan ladang yang baru (panjang kira-kira 300 meter sahaja) yang dibuat atas inisiatif penggiat kebun tetapi mereka juga tidak mempunyai duit untuk membeli batu untuk dibatukan jalan tersebut. Jalan tersebut adalah di belakang kilang bakar batu Mr. Koh. Tok Empat Kg. Tok Machang, Raub, Pahang mengetahui masalah ini. Untuk makluman Tan Sri, batu boleh dibeli dengan harga lebih murah daripada harga pasaran kerana ia boleh dibeli daripada kuari Datuk Wan Ahmad ataupun kuari Poh Chan. Semoga Tan Sri boleh memenuhi impian ini demi kemudahan perjalanan keluar masuk orang asli ke pekan Sg. Ruan dan juga penggiat kebun mengerjakan kebun mereka. Dengan adanya jalan yang lebih baik, mereka akan lebih giat untuk menambahkan pengeluaran makanan negara. Sekian, terima kasih.

  6. shah efendy Says:

    YB Tan Sri,

    Dua tiga hari ini TV3 telah memberikan liputan khas mengenai kes kegiatan membawa kayu balak melalui perkampungan masyarakat Orang Asli Ulu Kampar, Perak. Aktiviti tersebut telah mengakibatkan kerosakan jalan yang menjadi laluan utama mereka. Pendedahan tersebut juga telah memaparkan mengenai implikasi kepada kesan alam sekitar yang turut mengakibatkan kawasan tadahan air masyarakat Orang Asli setempat. Ditunjukkan juga, di mana exco berkaitan telah membuat arahan supaya projek tersebut dihentikan serta merta. Adalah menyedihkan bilamana pihak JHEOA sendiri turut diheret sama dalam kemelut berkaitan. Dalam pada itu, mungkin juga beberapa insentif baru boleh difikirkan terutama dalam pakej yang dinyatakan bagi membantu pelbagai masalah yang menghimpit mereka mutakhir ini.

  7. Shasha Says:

    Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan berkaitan dengan bantuan-bantuan atau peruntukkan yang di beri kepada orang miskin, apa yang dapat saya lihat mereka ini bukan hanya miskin harta tetapi miskin dari segi pemikiran, kerana apabila bantuan di beri mereka mengambil jalan mudah dengan menjual atau tidak di usahakan sebagaimana perjanjian awal, alasan yang di beri cukup mudah, iaitu susah, kalau binatang matilah, bot di jual dan sebagainya, ini adalah yang benar berlaku di mana keluarga saya berkaitan dengan tugas-tugas membantu peningkatan pendapatan mereka. Kursus telah di beri, bantuan di beri apabila di buat pemantauan mereka pergi kerja kilang, di hantar kursus hanyalah satu pembaziran sahaja, justeru itu, saya mengharapkan sebelum di beri bantuan peralatan mereka perlu di beri pendedahan dan hasil perolehan mereka ada satu agensi yang berusaha untuk memasarkannya. Sekian.

  8. mankulim Says:

    untuk membasmi kemiskinan yang diperlukan bukannya pengumuman peruntukan wang berbillion-billion ringgit. yang diperlukan adalah memahami mengapa masih wujud masyarakat miskin di Malaysia pada hari ini. Malaysia mungkin boleh berbangga dengan pencapaiaannya berbanding dengan negara-negara yang mencapai kemerdekaan terlebih dahuu daripada kita, tetapi itu belum mampu untuk menjadi satu kayu ukur yang menyatakan kita telah berjaya, Apa gunanya kita mempunyai pusat pentadbiran yang cukup canggih tetapi rakyat masih menderita? Adalah sesuatu yang menyedihkan bila menyaksikan malaysia masih mempunyai golongan miskin tegar dikala kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51. Islam Hadhari yang dilaung-laungkan takkan mampu membawa Malaysia ke mana-mana sekiranya kita tidak mengambil tindakan sewajarnya. Pihak kerajaan pada hari ini wajar mengkaji semula sirah kegemilangan Islam di bawah pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz dan mengkaji tindakan-tindakannya dalam menguruskan negara dan mendhapuskan kemiskinan dikalangan rakyat. Mungkin dari situ kita akan menemui satu kaedah yang berkesan dan praktikal untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat kita oada hari ini. tidak ada gunanya peruntukan berbilion-bilion ringgit sekiranya apa yang berlaku golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin terus merana. fikir-fikirkanlah…

  9. Azmi hassan Says:

    AZMI BIN HASSAN
    980,PTG KUANG
    13100 PENAGA
    SEBERANG PERAI UTARA.

    YB Tan Sri Muhammad bin Muh Taib
    Menteri Luar Bandar dan kemajuan wilayah
    Malaysia.

    2. SENARAI NAMA ORANG MISKIN TEGAR BAGI KAMPUNG PTG KUANG,DUN BERTAM,PARLIMEN KEPALA BATAS.

    BIL NAMA NO KAD PENGENALAN ALAMAT
    1 ABDUL HAMID BIN HASSAN 630124-07-5778 978,PTG KUANG
    13100 PENAGA
    2 CHE AMAH BT REJAB 440419-07-5474 PTG KUANG
    3 HASSAN BIN MAN 270728-07-5196 9116,PTG KUANG
    4 AHMAD ZAKI BIN ABD RAHIM 540414-07-5036 469,PTG KUANG
    5 AMINAH BT REJAB 230728-07-5106 809,PTG KUANG
    6 AMRAN BIN FADIL 630612-71-6093 526,PTG KUANG
    7 CHE DAH BT TAIB 3786440 PTG KUANG
    8 HAMDI BIN OSMAN 611109-07-5237 528,PTG KUANG
    9 IDRIS BIN LEBAI SA’ARI 540720-02-5319 10582,PTG KUANG
    10 ISHAK BIN SULAIMAN 270121-07-5093 484,PTG KUANG
    11 JAMALUDIN BIN OSMAN 370609-07-5183 475,PTG KUANG
    12 JAMALUDIN BIN SAID 7322237 496,PTG KUANG
    13 JAMALUDIN BIN MAT NOOR 550506-07-5613 525,PTG KUANG
    14 HABSAH BT MAN 270728-07-5196 9116,PTG KUANG
    15 MAIMUNAH BT OTHMAN 470327-07-5132 877,PTG KUANG
    16 ABD MALIK BIN AHMAD 500526-07-5025 514,PTG KUANG
    17 MAT USOP BIN SAAD 410529-07-5283 5265,PTG KUANG
    18 MD ISA BIN SOLEH 3534410 PTG KUANG
    19 MELAH BT SALLEH 400907-07-5194 PTG KUANG
    20 MOKTAR BIN NIZAM 5606112 PTG KUANG
    21 RAHIM BIN LAH 520214-07-5075 6112,PTG KUANG
    22 RAHIMAH BT IBRAHIM 351110-08-5418 6110,PTG KUANG
    23 ROKIAHBI BT MAJID 551404-07-5122 10588,PTG KUANG
    24 SABARIYAH BT ARSHAD 581001-02-5866 10347,PTG KUANG
    25 SIBAH BT AHMAD 300118-07-5126 457,PTG KUANG
    26 ZALIHA BT CHEE MAM 230728-07-5050 509,PTG KUANG
    27 ZUBAIDAH BT MAT 291104-02-5046 9872,PTG KUANG
    28 MD HUSSAIN BIN A.RAHMAN 450926-02-5155 1116,PTG KUANG
    29 ZAKARIA BIN SALLEH 610405-10-5715 PTG KUANG
    30 HALIJAH BT SALLEH 420804-02-5408 1116,PTG KUANG
    31 PUTEH BT LEBAI HASHIM 420223-02-5020 980,PTG KUANG
    32 SAID BIN SULAIMAN 310125-07-5203 476,PTG KUANG
    33 NURAZLINA BT SAMSUDIN 850920-07-5410 3729,PTG KUANG
    34 CHE BAH BT YAAKOB 330101-07-5020 1115,PTG KUANG
    35 ROSHADAH BT HJ MOKHTAR 480815-97-5384 810,PTG KUANG
    36 DOYAH BT BT YAAKOB 550816-02-5128 1109,PTG KUANG
    37 SAODAH BT JAAFAR 620201-02-5018 498,PTG KUANG
    38 SHARIFAH BT AHMAD 570401-07-6108 3837,PTG KUANG
    39 ABDUL RASHID BIN SAAD 400429-02-5263 2261,PTG KUANG
    40 MAZUKI BIN AHMAD 810217-07-5527 5446,PTG KUANG
    41 KHADIJAH BT SAMAD 341004-07-5268 976,PTG KUANG
    42 SITI SAODIAH BT HJ SALLEH 461026-07-5484 507,PTG KUANG
    43 HAMIDAH BT ISMAIL 510226-07-5284 3808,PTG KUANG
    44 ROMLAH BT HASHIM 230728-07-5114 1104,PTG KUANG
    45 MINAH BT BULAT 540619-09-5048 1110,PTG KUANG
    46 ABDUL KADIR BIN OTHMAN 450813-07-5199 1095,PTG KUANG
    47 BAKAR BIN SAID 3729,PTG KUANG
    48 ROSLAN BIN AHMAD PTG KUANG
    49 ABDUL RAZAK BIN OTHMAN PTG KUANG
    50 CHIK TEH PTG KUANG
    51 NORATIKAHWANI BT JOHARI 940928-07-5924 10463,PTG KUANG

    MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI AZMI BIN HASSAN (012 5975286)/0194771864(REDWAN ADNAN).

    SEKIAN,TERIMA KASIH.

    YANG BENAR,

    (AZMI BIN HASSAN)

  10. Abdul razak bin abdullah Says:

    ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH
    PTG BERTAM,DUN BERTAM,PARLIMEN KEPALA BATAS.
    HP:019-4058521@ 0125975286(AZMI BIN HASSAN)

    YB TAN SRI MUHAMMAD BIN MOHD TAIB
    MENTERI LUAR BANDAR MALAYSIA.

    YG BHG EN SULAIMAN BIN HJ ISMAIL
    PEGAWAI KEBAJIKAN DAERAH
    DAERAH SPU

    YB/YG BHG TUAN,

    SENARAI NAMA-NAMA MISKIN TEGAR KAWASAN PTG BERTAM,KEPALA BATAS,PARLIMEN KEPALA BATAS

    BIL NAMA NO K/P ALAMAT
    1 CHE MAH BT HJ IBRAHIM 451024-02-5214 1480,PTG BERTAM,13200 KEPALA BATAS.
    2 PARIDAH BT KAMIS 630321-02-5850 1479,PTG BERTAM
    3 NORMAH BT JAAFAR 590827-07-5522 4510,PTG BERTAM
    4 ROKIAH BT BAB 520327-02-5496 2151,PTG BERTAM
    5 SAARAH BT MAMAT 351024-07-5184 2151,PTG BERTAM
    6 MON BT YUSOF 360902-02-5020 4511,PTG BERTAM
    7 MOHAMAD SUBRI BIN ISHAK 72111-02-5615 1278,PTG BERTAM
    8 SALMA BT CHIK 3896798 1105,PTG BERTAM
    9 NORIJAN BT PUTIH 5643364 192,PTG BERTAM
    10 HASMAH BT HAMID 600707-02-5658 207,PTG BERTAM
    11 RAMLAH BT HAMID 591007-07-6030 2151,PTG BERTAM
    12 RAMLI BIN SAID 431202-02-5367 6007,PTG BERTAM
    13 CHAH BT HJ SAAD 221024-07-5066 7510,PTG BERTAM
    14 MINAH BT HARON 7509,PTG BERTAM
    15 SAADIAH BT HARON 3475840 7510,PTG BERTAM
    16 SALMAH BT IBRAHIM 371024-07-5085 1164,PTG BERTAM
    17 AHMAD BIN OTHMAN 520921-07-5381 351,PTG BERTAM
    18 ZAINUN BIN DAUD 620915-07-6079 3904,PTG BERTAM
    19 SITI MAIMUNAT BT HAMAT 530202-07-5456 1015,PTG BERTAM
    20 DAHARAH BT MD ESA 480420-07-5224 9495,PTG BERTAM
    21 CHE TOM BT AHMAD 800726-02-5684 4923,PTG BERTAM
    22 ZARIAH BT CHE MAN 270227-07-5040 1274,PTG BERTAM
    23 DARUS BIN AWANG 231024-07-5073 1159,PTG BERTAM
    24 MAT BIN SULAIMAN 351024-07-5109 1198,PTG BERTAM
    25 NORMADIAH BT SAID 651105-07-5252 2302,PTG BERTAM
    26 KAMARIAH BT CHE MAN 440908-02-5224 362,PTG BERTAM
    27 NORZALIWATI BT ABD RAHMAN 660217-06-5046 362,PTG BERTAM
    28 NORLIDA BT ABD RAHMAN 680422-02-318 362,PTG BERTAM
    29 BUKHARI BIN OTHAMN 690906-02-5329 6621,PTG BERTAM
    30 CHE TOM BT MAN 460524-07-5132 1487,PTG BERTAM
    31 HALIMAH BT ABDULLAH 461005-0-5362 2699,PTG BERTAM
    32 SOPIAH BT OTHAMAN 440617-07-5168 193,PTG BERTAM
    BERSAMA-SAMA INI DISERTAKAN NAMA-NAMA MISKIN PTG BERTAM UNTUK SIASATAN DAN TINDAKAN SELANJUTNYA.

    SEKIAN,TERIMA KASIH.

    YANG BENAR,

    (ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH)

  11. AT LIM Says:

    Blog Tan Sri Muhammad ini seolah-olah tidak aktif lagi. Isu-isu yang dikemukakan tidak diberi respons. Sekurang-kurang respons seperti ini “OK, diambil perhatian”. Barulah orang yang meluangkan masa untuk membuat posting dalam blog ini merasakan masa mereka tidaklah terbuang atau tersia-sia. Dan pemunya blog juga boleh mendapat lebih banyak info daripada posting-posting tersebut, walaupun tidak dapat dinafikan mungkin ada posting yang menghentam. Begitulah adanya, diharap Tan Sri atau pengendali blog ini dapat memberikan respons kepada setiap posting yang dibuat ke blog.

  12. Bin Omar Says:

    Assalamu ‘alaikum YB Tan Seri,
    Pada hari ini Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah ditambahkan lagi peruntukan sebanyak RM4.0 billion bagi RMK9 untuk menyelesai dan menyediakan kemudahan kepada keluarga miskin. Berapakah sehingga pada hari ini pihak KPLB sudah berjaya bina rumah PPRT di Seluruh Negara? Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah PPRT? Kebanyakan pemohon rumah PPRT masalah yang besar yang dihadapi mereka itu ialah untuk tapak (tanah) rumah, apakah tindakan KPLB berkaitan masalah ini?
    Mohon penjelasan dari kementerian Tan Seri,
    Yang ikhlas
    Bin Omar

  13. Ag Thomas Atahi Says:

    Kami sudah bosan dengan peruntukan berbilion atau jutaan RM tapi yang sampai di Kg cuma ribuan ringgit. Kg. kami Tan Sri pernah diletakan di bawah program PPRT dan sudah dijanjikan mcm-mcm tapi hingga kini masih ramai yang miskin. Rumah PPRT baru sebuah yg diberi sedangkan puluhan lagi masih menati. Jalan di bandar masih baik dikorek di tar / aspal baru setiap tahun tapi jalan kg. kerbau pun boleh berkubang. Nelayan di kg. puluhan orang tapi yang dibantu enjin cuma seorang dua…mcvm nak ubah nasib rakyat. Harap Tan Sri perbetulkan keadaan ini jangan sampai jadi munafik…lain dicakap lain pula jadinya. Kami penyokong setia UMNO tapi hakikatnya kami masih papa kedana dan bertambah papa lagi bila subsidi minyak naik dan harga beras melambung (Beras subsidipun susah nak dpt…kalau ada berebut org membeli) dan barang lainnya tiap hari naik tapi pihak bertanggung jawab tak pernah ambil tindakan walaupun kita dah komplen berulang kali. Jangan kita sibuk bagai bantuan dengan negara luar tapi rakyat sendiri (seperti di kg. kami ini) mengikat perut tiap hari.

  14. Hasan Haji Omar Says:

    Tan Sri,
    Daripada beberapa kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin, saya nampak dia ni macam anti Pak Lah. Pak Lah dah nak lepaskan jawatan PM pun dok komen lagi..apa komen Tan Sri.

    Hasan Hj Omar
    Ketua UMNO Cawangan Pmtg Saga
    Bahagina Kepala Batas

  15. AG THOMAS HAJI ATAHI Says:

    Saya kecewa dengan cakap-cakap yang tak serupa bikin. di kg Gusi, Kinarut, Papar Sabah ramai lagi golongan fakir miskin, balu, janda, anak yatim piatu yang tidak terbela nasibnya. Mereka tidak dapat bantuan. Rumah mereka masih usang sedangkan mereka ahli UMNO yang setia. Mohon pihak Tan Sri turun padang ke kawasan kami.

Leave a Reply