Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

20,000 keluarga Orang Asli dapat ‘durian runtuh’

Salam bahagia dan harapan saya semoga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian.

Petang tadi saya di Kampong Orang Asli Sungai Teras, Slim River, Perak dalam majlis penyampaian kunci rumah PPRT di Kampong Orang Asli di sana. Saya terharu diberi sambutan oleh masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.

Kemesraan dan sifat berbudi bahasa yang sedia ada pada masyarakat Orang Asli di negara ini menggambarkan mereka juga diterima dan dihargai sebagai sebahagian daripada rakyat dan warganegara ini. Bagi saya tidak ada bezanya perhatian dan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli.

Malah di majlis tersebut saya menyampaikan berita gembira hasil keputusan kabinet yang bersetuju memberi pemilikan tanah ladangĀ  dua hingga enam ekar dan tapak rumah 5,000 kaki persegi hingga suku ekar kepada keluarga Orang Asli. Ini hasil daripada kelulusan Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli yang mesyuarat dan membuat keputusan pada 7 November lalu.

Bagi saya ini sebahagian daripada anugerah kerajaan Barisan Nasional kepada lebih 20,000 keluarga Orang Asli di seluruh negara untuk memiliki hartanah sendiri.

Saya berharap melalui langkah ini akan memberi makna kepada seluruh keluarga Orang Asli dalam meneruskan kehidupan mereka disamping kerajaan tetap mengambil berat nasib mereka.


7 Responses to “20,000 keluarga Orang Asli dapat ‘durian runtuh’”

  1. Syahir the Owl Says:

    Tahniah kerana membuka blog Tan Sri. Harapan kita semoga perjuangan UMNO akan sentiasa mekar selama-lamanya selagi nyawa kita dikandung badan.

  2. Syahir the Owl Says:

    Saya berpendapat orang Asli perlu diberikan perhatian. Meskipun cabaran untuk membangunkan kehidupan mereka agak sukar, namun jika kita berterusan membantu mereka dari segenap segi, saya percaya kita dapat melakukannya.

  3. Charles Masuil Says:

    Salam sejahtera Tan Sri,

    Syabas dan tahniah Tan Sri kerana menyempurnakan satu tanggungjawab yang murni bagi faedah dan kepentingan bersama untuk rakyat luar bandar. Saya pun tumpang gembira apabila Tan Sri membawa berita gembira kepada 20,000 keluarga orang asli diberi bantuan berbentuk tanah ladang di setiap mereka memeliki tanah ladang dua hingga enam ekar dan tapak rumah 5,000 kaki persegi hingga suku ekar kepada keluarga Orang Asli. Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional. Kita orang Sabah juga mengharapkan kepada Tan Sri supaya Anugerah seumpama ini juga di beri kepada rakyat di Sabah terutamanya kepada rakyat di luar bandar pendalaman,Kinabatangan, Paginatan Ranau,Sook, Nabawan Keningau ,Kemabong Tenom, Pensiangan Keningau,Pitas Kudat, Beluran Sandakan dan banyak lagi desa-desa terpencil di Negeri Sabah. Kita orang Sabah harap Tan Sri ambillah peluang ini lawat di Sabah dalam masa satu bulan supaya Tan Sri membuktikan kepada rakyat Sabah betapanya ketulusan kepimpinan Tan Sri sebelum menyandang jawatan selaku Timbalan Presiden UMNO dan bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Kita orang Sabah percaya Tan Sri memiliki kepimpinan dan seorang yang bersifat RTS iaitu”Reliable,Trustworthy dan Sincerity “.

    Salam hormat dan selamat berjuang!!!

    CHARLES MASUIL

  4. ir musafir Says:

    Syabas Tan Sri….

    Saya rasa, Tan Sri juga perlu membela nasib mereka-mereka yang membeli rumah tetapi terbengkalai, yang terletak di pinggir-pinggir bandar dan luar bandar. Kesian saya tengok mereka-mereka ini. Satu pembelaan yang sewajarnya adalah perlu.

    Mereka juga rakyat yang di kategorikan di timpa musibah. Kalau perlu Kementerian Tan Sri berbincanglah dengan kementerian lain yang berkenaaan.

    Saya percaya Tan Sri mempunyai kebolehan untuk menyelesaiakan masalah ini.

    wassalam.

  5. Suhaili Bin Samsuri Says:

    Assalamualaikum….
    Saya Suhaili Bin Samsuri. bertugas di jabatan KEMAS Daerah Kuala Selangor sebagai Penyelia Perhubungan Parlimen Tanjung Karang.
    Sya ingin Menjemput Y.B Senator ke Majlis Perkahwinan saya pada 14.12.2008 (ahad).
    dialamat Tali Air 3 Ban 1, 45400 Sekinchan,Sg.Burong, Selangor. (016-2305746)
    turut mengundang ibu saya Pn.Hjh Jamisah bt Ab Rahman (Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Tg.Karang @ Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Tg.Karang. 019-3164569) ayahanda saya Hj Samsuri Bin Abu Hasan.

    besar harapan saya sekeluarga sekiranya Y.B Senator dapat datang dan bukan tujuan saya untuk bertemu saya, tetapi bertemu dengan penduduk kampung di kawasan saya.
    ini kerana kawasan kampung saya ialah tempat penanaman padi terbesar di negeri selangor ini.
    sekurang-kurangnya Y.B dapat menyelami dan mendekatkan diri dengan rakyat supaya GSPS yang dijalankan oleh Y.B dapat sampai ke akar umbi…

    sekian, terima kasih..

    sayang agama,bangsa dan negara…

    suhaili bin samsuri
    016-2305746

  6. ROSLI63 Says:

    Tan Sri,

    Tahniah kerana berjaya menyumbang kepada masyarakat orang asli, mereka sudah jauh tertinggal, saya amat menyokong usaha Tan Sri dan Kementerian.

    Harapan saya semua orang asli di Malaysia akan dapat menafaat dari usaha ini dengan harapan nasib mereka sentiasa terbela di masa akan datang

  7. awi.pt8 Says:

    Tan Sri,
    Alhamdulillah,tahniah kerana Tan Sri menjalankan amanah yang diberi.Pepatah Cina ada menyatakan `Ambillah apa yang memang hak anda,tetapi jangan rampas apa yang bukan milik anda`
    Wassalam.

Leave a Reply