Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Archive for June, 2008

Tidak mustahil PAS keluar Pakatan Rakyat

Friday, June 27th, 2008

Salam untuk semua pembaca
Apa yang berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini terutama tentang kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menarik perhatian saya. Berdasarkan perkembangan terkini saya tidak menolak kemungkinan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor brdasarkan masalah dalaman yang semakin meruncing.
Apa yang dapat di lihat Pas kini tidak lagi sebulu dengan sekutunya, Parti Keadilan [...]

Dari Pinangah ke Sebatik dan Pulau Banggi…

Tuesday, June 24th, 2008

Ke esokan harinya saya dan rombongan memulakan perjalanan ke Pulau Sebatik yang terletak di perairan Tawau dalam Parlimen Tawau. Perjalanan menggunakan bot bukan setakat satu pengalaman baru tetapi satu lagi pengalaman yang menyentap perasaan. Merasai keperitan dan kesukaran untuk sampai ke satu satu tempat di Sabah.

Di Pulau Sebatik saya dan rombongan ditemani oleh ADUN Sebatik [...]

Kampung Pinangah - Antara Kemanusian dan Kemiskinan…

Tuesday, June 24th, 2008

Salam bahagia pembaca sekelian dan Salam hormat orang-orang Sabah. Janji saya untuk ke Sabah dan melihat sendiri kalian di sana saya tunai sudah.

Sesampai di Kota Kinabalu saya terlebih dahulu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bagi mendapat gambaran jelas serta mendengar keperluan dan keadaan sebenar di Sabah terutama yang menyentuh [...]

RM24 juta majukan Pulau Sebatik

Tuesday, June 24th, 2008

Salam bahagia pembaca sekelian.

Baru-baru ini dari 11 hingga 15 Jun saya bersama pegawai dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengadakan lawatan ke Sabah bagi meninjau dan melihat sendiri keperluan jangka pendek dan jangka panjang di sana terutama kearah membasmi kemiskinan tegar di Sabah.
Ketika di Pulau Sebatik dalam Parlimen Tawau, kementerian telah bersetuju meluluskan [...]

PPRT, kita naik dari RM18,000 ke RM28,000

Monday, June 23rd, 2008

Salam bahagia pembaca sekelian.
KUALA TERENGGANU 21 Jun 2008 – Kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat akan terus ‘mencari dan memberi’ sesuatu yang difikirkan mampu meringkan beban rakyat, apatah lagi kesan dari kenaikan bahan api di pasaran global yang kesannya terasa di negara kita.
Sabtu semalam saya di Terengganu dan saya melihat sudah sampai masanya peruntukan membina rumah [...]

4 billion tingkat taraf hidup golongan miskin

Saturday, June 21st, 2008

Salam bahagia pembaca sekalian. Saya rasa sepanjang minggu ini ada tiga perkara penting yang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lakukan untuk kepentingan rakyat.
Selain daripada pemberian dividen kepada peneroka Felcra dan pelupusan hutang pekebun kecil Risda, peruntukkan tambahan sejumlah RM4 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan miskin di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga dianggap [...]

83,000 peserta Felcra terima dividen RM 588.15 juta

Tuesday, June 17th, 2008

Salam bahagia pembaca sekelian. Meskipun kerajaan sedar kenaikan harga minyak sediikit sebanyak membebankan rakyat namun kerajaan tetap prihatin dan berusaha bagi meringankan beban rakyat.
 
Tiga hari lepas kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengumumkan seramai 83,000 peserta Felcra Berhad di seluruh negara akan menerima durian runtuh apabila agensi ini pengagihan dividen berjumlah RM588.15 juta. [...]

Kerajaan lupus hutang Pekebun Kecil RM 139.64 juta

Monday, June 16th, 2008

Salam bahagia pembaca sekelian.
 
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju untuk melupuskan hutang 33,957 pekebun kecil di seluruh negara yang melibatkan pinjaman sebanyak RM139.64 juta daripada keseluruhan pinjaman berjumlah RM204.7 juta yang diberi sejak tahun 1979.
 
Bagi saya langkah itu bertujuan meringankan beban kewangan pekebun kecil berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup [...]

Tangguh dulu hasrat berhijrah ke bandar

Thursday, June 12th, 2008

Selamat pagi dan Salam sejahtera
Ada dua sebab kenapa saya menasihatkan anak muda atau remaja lepasan sekolah agar menangguh dahulu atau membatalkan terus hasrat untuk berhijrah ke bandar-bandar besar, terutama selepas keputusan peperiksaan setiap hujong tahun.
Pertama, kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menyebabkan lonjakan kenaikan sara hidup di bandar-bandar besar seperti [...]

Saya jemput untuk kita bertemu

Tuesday, June 10th, 2008

Salam semua pembaca yang dihormati
Sejak lebih tiga bulan laman web ini berfungsi, saya menerima berbagai pandangan. Ada yang memberi pandangan membina malah tidak kurang juga yang membenci dan menghina. Saya anggap itu semua sebagai lumrah bila kita berhadapan dengan dunia tanpa sempadan dan perenggan ini.
 
Bagi membuktikan bahawa saya bukan sekadar untuk suka-suka bila memulakan laman [...]