Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

Archive for April, 2008

Pertemuan singkat tapi besar maknanya…

Tuesday, April 29th, 2008

Tanggal April 26 dan 27 memberi kepuasan serta pengalaman penuh bermakna kepada saya dan isteri apabila kami membuat lawatan serta bermalam di rumah penduduk kampung di Pulau Pinang dan Kedah.
Bukan itu sahaja, malah saya dan isteri Asbi Rohani sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sambil menyelami kesusahan serta kesulitan yang mereka hadapi.
Ini semua saya lakukan [...]

Suruhanjaya BPR

Tuesday, April 29th, 2008

Terima kasih kepada semua yang menulis kepada saya dan juga yang dibaca oleh semua. Saya kagum dengan keberanian Pak Lah memperkenalkan dua pembaharuan (reforms) dalam masa dua minggu. Ada yang komen tak percaya pada reforms ini. Tak apalah. Mari kita sama-sama tunggu, lihat dan nilai bila ia di laksanakan nanti. 

Tiga minggu sekali lawat kampung

Tuesday, April 29th, 2008

Selamat malam saudara rakan blogger semua. Baru malam ini saya berkesempatan untuk posting artikel baru. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara yang tidak jemu-jemu memberi komen pada laman web saya.
Pada yang belum sempat dijawab harap bersabar, insyaallah saya akan cuba menjawabnya. Namun, jika saya tidak sempat menjawab setiap komen bukan bermakna saya [...]

Salam Rakan Blogger

Wednesday, April 23rd, 2008

Saya masih di pejabat. Sempat tengok sekejap komen-komen yang masuk. Jangan risau teruskan menulis pandangan anda. Kesempatan malam nanti saya cuba menjawab. Terima kasih

Suruhanjaya Anti Rasuah bukti kerajaan telus

Wednesday, April 23rd, 2008

Saya mengalukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

Terima Kasih Rakan Blogger

Tuesday, April 22nd, 2008

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan siber di luar sana kerana memberi ‘respon’ pada laman web saya ini. Meskipun baru empat hari berada di alam siber setakat malam ini sahaja saya menerima tidak lebih daripada 500 komen dari rakan-rakan dan teman di luar sana.

Umno Selangor dah buat pendirian, pandangan Dr.Khir, itu dianggap pandangan peribadi

Sunday, April 20th, 2008

Malam selasa lepas Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor telah membuat keputusan sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden dan Dato Seri Mohd Najib sebagai Timbalan Presiden.

Buat salah, tak buat salah 2

Sunday, April 20th, 2008

Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Nazri Aziz bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menghantar cadangan untuk menjadikan badan tersebut sebuah badan bebas dengan menjadikan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong sebagai panduan.

Buat salah, tak buat salah

Saturday, April 19th, 2008

Penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bukan bermakna kerajaan tunduk kepada tekanan pembangkang. Malah penubuhan tersebut sudah lama difikirkan oleh kerajaan.

Utamakan agenda Melayu, lupa seketika politik kepartian

Friday, April 18th, 2008

Bercakap tentang nasib dan masa depan bangsa Melayu kita sebenarnya melangkaui soal Umno, Pas atau PKR malah DAP. Bahkan bila menyentuh tentang nasib bangsa Melayu, tidak bermakna kita mula menyentuh soal perkauman.