Muhammad Muhd Taib

| Blog Rasmi

UMNO TETAP RELEVAN

May 15th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam sekali lagi rakan dan teman. Kesibukan dengan tugas membataskan saya untuk kerap bersama rakan semua di ruang ini. Namun, saya tetap memberi masa untuk membaca sisipan dan komen dari anda semua. Terima kasih kepada yang memberi pandangan dan teguran membina dan terima kasih juga yang ‘ingat-mengingati’ malah ada yang membenci.

Selepas beberapa hari UMNO melepasi usia 62 tahun yang genap pada 11 Mei 2008 lalu, saya tetap mengatakan bahawa apapun yang berlaku selepas pilihan raya umum ke 12 lalu, UMNO harus terus relevan kepada bangsa Melayu dan negara ini.

Bagi Umno ahli adalah kekuatan kepada parti. » selanjutnya

Karpal Singh dan janji Pakatan Rakyat di Selangor

May 7th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Salam untuk semua. Sepanjang minggu ini saya melihat ada beberapa  isu yang harus diberi perhatian oleh setiap rakyat Malaysia.

Kelantangan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus-terusan mempersoalkan hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dianggap » selanjutnya

Mengapa masih miskin?

May 1st, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

JADUAL Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hujung minggu lepas amat padat. Tepat jam 12 tengah hari Sabtu, beliau mengadakan » selanjutnya

Pertemuan singkat tapi besar maknanya…

April 29th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Tanggal April 26 dan 27 memberi kepuasan serta pengalaman penuh bermakna kepada saya dan isteri apabila kami membuat lawatan serta bermalam di rumah penduduk kampung di Pulau Pinang dan Kedah.

Bukan itu sahaja, malah saya dan isteri Asbi Rohani sempat beramah mesra dengan penduduk setempat sambil menyelami kesusahan serta kesulitan yang mereka hadapi.

Ini semua saya lakukan semasa membuat lawatan kerja bagi melihat sendiri kemiskinan di luar bandar serta bertemu dengan ketua-ketua kampung serta pengawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat atau Kemas.

Destinasi hari pertama di Kampung Telok, Sungai Dua, Seberang Perai, » selanjutnya

Suruhanjaya BPR

April 29th, 2008 + Dihantar oleh mattaib

Terima kasih kepada semua yang menulis kepada saya dan juga yang dibaca oleh semua. Saya kagum dengan keberanian Pak Lah memperkenalkan dua pembaharuan (reforms) dalam masa dua minggu. Ada yang komen tak percaya pada reforms ini. Tak apalah. Mari kita sama-sama tunggu, lihat dan nilai bila ia di laksanakan nanti. 

Tiga minggu sekali lawat kampung

April 29th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Selamat malam saudara rakan blogger semua. Baru malam ini saya berkesempatan untuk posting artikel baru. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara yang tidak jemu-jemu memberi komen pada laman web saya.

Pada yang belum sempat dijawab harap bersabar, insyaallah saya akan cuba menjawabnya. Namun, jika saya tidak sempat menjawab setiap komen bukan bermakna saya tidak membacanya. Apapun terima kasih banyak atas respon dan perhatian yang diberi kepada laman web saya ini.

Hujong minggu lalu saya berkesempatan berada di utara tanah air, di Seberang Prai dan di Baling Kedah. Bagi meneruskan program melawat kampung ini saya telah menetapkan setiap tiga minggu sekali saya akan turun melawat kampung yang terpilih bagi melihat sendiri keadaan dan tahap pembangunan di kampung tersebut. » selanjutnya

Salam Rakan Blogger

April 23rd, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Saya masih di pejabat. Sempat tengok sekejap komen-komen yang masuk. Jangan risau teruskan menulis pandangan anda. Kesempatan malam nanti saya cuba menjawab. Terima kasih

Suruhanjaya Anti Rasuah bukti kerajaan telus

April 23rd, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Saya mengalukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. » selanjutnya

Terima Kasih Rakan Blogger

April 22nd, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan siber di luar sana kerana memberi ‘respon’ pada laman web saya ini. Meskipun baru empat hari berada di alam siber setakat malam ini sahaja saya menerima tidak lebih daripada 500 komen dari rakan-rakan dan teman di luar sana. » selanjutnya

Umno Selangor dah buat pendirian, pandangan Dr.Khir, itu dianggap pandangan peribadi

April 20th, 2008 + Dihantar oleh Muhammad Muhd Taib

Malam selasa lepas Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor telah membuat keputusan sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden dan Dato Seri Mohd Najib sebagai Timbalan Presiden. » selanjutnya